Tentang

Bermulanya...

Anak kelahiran Ayer Tawar,Perak. Diberi nama Abrar Bin Chek Teh.

Anak bongsu dari 4 beradik.

Pendidikan awal di Tadika Kemas Changkat Chermin, kemudiannya ke Sekolah Kebangsaan Changkat Chermin (1994 – 1999). Di darjah 5, mula kenal apa itu Microsfot Office 95, hotmail dan cyber cafe. Sanggup naik bas ke pekan semata-mata untuk ke cyber cafe. 

Mendapat tawaran ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh bagi pengambilan ke-3.(2000-2004).  Hidup di sekolah asrama lelaki yang popular, banyak dugaannya. Hujung minggu digunakan membeli barangan keperluan/cyber cafe/kedai komik. Mula berjinak dengan Mirc. Sambil-sambil itu, layan script Mirc. Sekadar Script Kiddie. Jatuh cinta dengan Adobe photoshop dan menulis.

Selesai mendapat keputusan SPM, diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2005-2006) bagi jurusan Sains (Fizik). Perjalanan dalam dunia digital tidak terhenti di situ, terjun ke joomla. Sekadar guna dan godek.

Tahun 2006, melangkah ke  Universiti Sains Malaysia induk bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik). Jurusan dengan kadar gagal 70%. Terjebak dengan blogging. Masa itu, memang hype blogger. Twitter dan seangkatannya digodek. Blog pertama di blogmas. Sudah terkubur tanpa nisan.

Di USM, setelah hanyut dibuai keduniaan, makcik hidayah menegur. Masuk Persatuan Pergerakan Masyarakat. Bermulalah perjalanan sebagai aktivis masyarakat.


Berdiri atas kaki sendiri...

2011 – 2014 – Creative Tech Instructor (Lego, animation,robotics,game design)

2014 – 2015 – Assistant Manager (Kedai cermin mata)

2015 – 2016 – Pegawai Kebajikan ADUN

2016 – 2017 – Rider (2 company) + Subcon Indah Water

2017 – 2019 – Content Developer (Scratch,Ev3 Mindstorm, Animation,Python)

2020 – Kini – Digital Educator (Python, Sonic-Pi, Animation, Construct 3,Twine, Robotic) 

abrar.my...

Diwujudkan bagi koleksi artikel berkaitan kerjaya, kehidupan, tips menulis, tutorial, dan pengalaman

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan ke: [email protected]